UNIK dan bersejarah itulah perkataan yang boleh diungkapkan bagi ibu kota negara Vietnam, iaitu Ho Chi Minh. Nama kota itu diambil sempena nama pemimpin ulung parti komunis yang berjaya mengusir tentera Amerika di selatan Vietnam sekitar 1945. Bandar Ho Chi Minh, turut dikenali sebagai Saigon, padat tenaga tak seperti bandar lain di Vietnam. Ia cepat membangun, banyak perniagaan. Walaupun sibuk, penduduknya tahu bila nak relaks, biasanya dengan kopi ais atau koktel. Di District 1, bangunan pencakar langit membayangi muzium Perancis lama sewaktu segerombolan motosikal memenuhi jalanan.
Dari restoran gourmet ke rangkaian makanan ringan dan gerai sisi jalan kecil di pasar Ben Thanh, pilihan makan bandar ini mengujakan seperti hiburan malamnya. Jangan lupa, bila matahari terbenam dan lampu neon terpasang, bandar Ho Chi Minh menawarkan apa saja yang diingini pada waktu malam di bandar, dari tempat bir ke bar koktel mewah dan kelab gegar. Begitu banyak pilihan, anda mungkin tidur lena bila matahari baru nak terbit. Tapi ini tidak di bandar lain di Vietnam, jadi berseronoklah sepuasnya pada waktu malam bila ada peluang.