Selasa, 23 Jun 2015

Telefon ASUS ZenFone2


Asus hari ini secara rasminya memperkenalkan keluarga telefon pintar generasi baru dibawah keluarga Zenfone, dipanggil sebagai Zenfone 2. Seperti versi pertama, ia akan hadir dengan beberapa variasi, termasuk salah satunya menyertakan memori sehingga 4GB RAM.


SPESIFIKASI ASUS ZENFONE 2

64bit Super Quad Core Intel Atom Processor Z34580
2.3Ghz with 2GB / 4GB RAM
5.5 inches Full HD 1080p IPS Display
Kamera 13MP belakang (f/2.0 aperture) dan 5MP depan
LTE Category 4, Dual SIM, Dual Active

Lazada Malaysia

Zenfone 2 menampilkan rekaan menawan de­ngan skrin IPS HD penuh 5.5 inci yang mempunyai keupayaan kamera PixelMaster 13MP. Lebih hebat lagi, ia dikuasakan CPU Intel Atom 64 bit berkelajuan 2.3GHz dan dipadankan dengan RAM sebanyak 4GB.

Penguji bertuah mencuba produk ASUS ini yang sememangnya tidak me­ngecewakan terutama dari aspek prestasi.

Pada bahagian atas te­lefon, terdapat butang kuasa dan port audio 3.5 inci manakala pada depan atas terpampang megah logo ASUS dan pembesar suara panggilan yang diletakkan bersebelakan kamera 5MP.

Bahagian bawah telefon pula terdapat port mikroUSB dan audio mikrofon manakala tiga butang kapasitif iaitu Back, Home serta Apps diletakkan pada bahagian bawah skrin.

Sementara itu, di bahagian belakang menempat­kan flash dwi LED, kamera 13MP, butang audio dan mikro pembesar suara.

Penutup belakang Zenfone 2 pula diperbuat daripada plastik yang menampilkan tekstur garisan metalik nampak premium.

Penguji memperoleh warna merah dan gemar memegang telefon ini memandangkan ia menampilkan reka bentuk melengkung ergonomik yang memberikan keselesaan terutama ketika merakam foto selfie.

Anda juga boleh merakam foto selfie dengan hanya menekan butang audio di bahagian belakang telefon.

ASUS Zenfone mempunyai dua slot kad SIM bermakna anda boleh menggunakan dua nombor berlainan, namun hanya satu saja yang boleh ditetapkan pada rangkaian 4G iaitu pada slot 1.
Jika anda berasakan setoran dalaman telefon ini tidak mencukupi, anda boleh memasukkan kad mikroSD berkapasiti sehingga 64GB.

Peranti ini mempunyai grafik jenis PowerVR Rogue G6430 yang menyokong OpenGL 3.2 dan ditambah pemprosesan Atom yang ada, ia seakan memberi kuasa desktop pada telefon ini.

Jangan lupa, ASUS mempunyai kuasa kapasiti RAM sebesar 4GB yang memberikan ruang setoran lebih besar untuk sebarang aplikasi berfungsi dengan lancar.

Ia terbukti apabila penguji berjaya bermain beberapa game jenis ‘hardcore’ tanpa masalah dengan sekali buka.

Zenfone 2 menggunakan sistem operasi Android 5.0 Lollipop yang digabungkan bersama antaramuka ZenUI dibangunkan sendiri ASUS.

Penguji melihat beberapa ciri baru pada ZenUI 2.0 termasuk ZenMotion, Snap­View, TrendMicro Security dan ZenUI Instant Updates.

Bermula dari skrin terpadam, anda boleh menekan butang kuasa di atas telefon untuk menghidupkan skrin.

Selain itu, anda boleh menyentuh skrin dua kali untuk mengaktifkan telefon.

Apa yang menarik me­ngenai telefon ini sudah pasti bahagian kameranya yang ditawarkan pada teknologi PixelMaster.

Ia teknologi pengimejan digital yang menggabung­kan algoritma ekslusif, perkakasan berkuasa dan sistem optik istimewa untuk menghasilkan imej menakjubkan walaupun dalam keadaan cahaya yang kurang.

Pelbagai mod kamera juga disediakan untuk disesuaikan dengan keadaan persekitaran anda ataupun mengikut kreativiti anda.

Kedua-dua kamera depan dan belakang hadir dengan teknologi PixelMaster, lensa 5-elemen dan apertur f/2.0.

Kalau mahu bermain dengan manual, anda boleh gunakan mod terbabit seakan DSLR untuk me­ngawal ISO, White Balance, Exposure Value, kelajuan shutter dan jarak fokus.

Bateri Zenfone 2 mempunyai kapasiti 3000mAh dan mampu bertahan secara rasionalnya tujuh jam pada penggunaan yang agak aktif.

Lazada Malaysia



Tiada ulasan:

Catat Ulasan