Khamis, 25 Ogos 2016

Kelebihan Memiliki Kad Kredit


KAD kredit seakan menjadi ukuran kejayaan individu. Semakin banyak kad kredit yang dikumpul semakin tinggi pandangan rakan terhadap anda lebih-lebih lagi jika kad anda berwarna platinum! Semuanya kerana mereka beranggapan anda mempunyai kewangan yang stabil dan tidak mempunyai masalah memohon kad kredit dari mana-mana institusi kewangan. Sesetengah pengguna memohon kad kredit adalah untuk mendapatkan barangan percuma!

Keputusan untuk memiliki kad kredit ataupun tidak sebenarnya bergantung kepada tujuan penggunaan dan bagaimana anda mengawalnya. Berikut adalah beberapa kebaikan mempunyai kad kredit.

Membeli barangan dengan mudah
Anda kekurangan wang tunai di tangan? Jangan bimbang, kad kredit boleh membantu anda membeli barangan yang diingini tanpa perlu bersusah payah berbaris di bank untuk mengeluarkan wang di samping menjimatkan masa anda yang berharga.

Berhutang tanpa faedah
Kad kredit membenarkan anda berhutang tanpa perlu membayar faedah. Kebanyakan institusi menawarkan kemudahan ini dari 25 hari ke sebulan untuk anda melangsaikan hutang sebelum faedah dikenakan.

Mendapat keselamatan tambahan
Kad kredit juga menawarkan keselamatan tambahan seperti melindungi anda dengan insurans perjalanan jika anda membeli tiket kapal terbang menggunakan kad kredit berkenaan. Ia juga melindungi anda daripada kerugian harta benda jika barangan yang anda beli menggunakan kad kredit mengalami kerosakan atau kehilangan.

Antara kelebihan-kelebihan memiliki kad kredit adalah seperti di bawah;

  • Tidak perlu membawa 'cash money' yang banyak.
  • Kad Kredit atau Duit plastik lebih ringan dengan rupa bentuk yang nipis memudahkan pengguna menyelit dimana-mana
  • Lebih selamat dari sudut kehilangan dan kecurian berbanding wang tunai yang sekiranya hilang jangan harap boleh guna lagi.
  • Sekiranya pengguna sering travel ke luar negara, pertukaran mata wang tidak diperlukan lagi dan mumudahkan urusan jual beli
  • Penggunaan disaat-saat kecemasan
  • Dapat mengurangkan pengaliran wang tunai secara fizikal dalam pasaran.
  • Memudahkan urusan jual beli secara online
  • Pengguna dapat rebet tunia.
  • Meransang perkembangan ekonomi negara
  • "Easy Payment Plan"-pengguna boleh membuat bayaran ansuran mudah tanpa faedah semasa membeli-belah.
  • Dapat mata ganjaran yang boleh ditukar dalam betuk barang-barang dan lain-lain.
  • Membolehkan pengguna berhutang sehingga 20 hari tanpa faedah dikenakan.
  • Bila korang isi minyak tak perlu nak agak-agak isipadu penuh dalam tanki kereta/motosikal sebab dia stop sendiri bila dah penuh.
  • Dapat banyak hadiah lumayan melalui cabutan bertuah dan promosi tahunan/bulanan.
  • 5% rebat untuk petrol serta perbelanjaan runcit 


Jumaat, 19 Ogos 2016

Telekung Solat Kanak-Kanak



Dapatkan Telekung Solat Kanak-Kanak sangat sesuai dan harga yang berpatutan bagi membantu ibu-ibu yang ingin mendidik anak untuk mula belajar sembahyang.



Direka khas untuk kanak-kanak comel dan ianya dihasilkan dari material Lycra Korea yang pastinya Sejuk, Lembut serta Selesa.



Isnin, 15 Ogos 2016

Menu Diet Pesakit Kanser

Diet untuk pesakit atau bekas pesakit kanser amat penting kerana risiko penambahan berat badan adalah tinggi semasa proses penyembuhan.

Ubat yang digunakan semasa rawatan boleh menyebabkan berat badan meningkat dengan drastik dan boleh mengembalikan kanser.

Statistik kanser meningkat secara mendadak di seluruh dunia tanpa diketahui puncanya.

Mungkin gaya hidup termasuk faktor pemakanan serta persekitaran mendorong kepada peningkatan berkenaan.

Kini masyarakat lebih terdedah kepada makanan diproses, tekanan hidup, kurang senaman dan persekitaran yang tidak sihat.

Justeru seluruh masyarakat sama ada pesakit, bekas pesakit atau mereka yang tidak menghidap kanser perlu mengamalkan gaya hidup sihat.

Salah satunya adalah diet sihat bagi mengawal berat badan berlebihan terutama bagi pesakit dan bekas pesakit kanser.

Pakar Pemakanan dan Diet, Pusat Perubatan Prince Court, Tan Yen Sing berkata, berat badan bekas pesakit kanser biasanya bertambah kerana tabiat pemakanan, tidak bersenam selain penggunaan ubat.

"Justeru pesakit serta bekas pesakit kanser disaran mengurangkan pengambilan daging merah dan daging yang diproses serta makanan tinggi tenaga dan lemak.

"Mereka digalakkan mengambil makanan berasaskan tumbuhan dengan tiga hingga empat hidangan sehari," katanya

"Lemak dan gula boleh dikatakan sebagai makanan kepada kanser.

"Diet yang tinggi lemak dan gula seperti makanan manis dan bersantan boleh meningkatkan kalori dan menyumbang kepada peningkatan berat badan," katanya.

Selain risiko kanser kembali berulang, gula dan lemak turut menyumbang kepada penyakit kronik lain termasuk darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.

Yen Sing berkata, nutrisi yang baik amat penting bagi menjadikan pesakit lebih bertenaga dan tidak keletihan.

"Sebenarnya ramai pesakit kanser mati kerana kekurangan zat makanan,'" katanya.

Namun pesakit perlu memastikan pengambilan lemak tidak berlebihan dengan memantau apa yang dimakan.

"Misalnya, jika pesakit mengambil makanan berat pada waktu tengah hari, maka sebelah petang atau makan malam, kurangkan jumlah yang dimakan.

"Mereka hanya perlu mengambil satu cawan nasi atau bubur nasi atau dua keping roti bijirin dengan lauk-pauk yang tidak digoreng berserta sayur-sayuran," katanya.

Kekurangan berat badan memang biasa dalam kalangan pesakit kanser dengan 50 hingga 90 peratus mengalami masalah berkenaan.

Keletihan juga adalah perkara biasa kesan rawatan dan ubat yang digunakan.

Bagi mengatasi masalah keletihan, Yen Sing berkata, pesakit memerlukan makanan dalam kuantiti sedikit secara berterusan. Mereka disaran mengambil makanan yang mudah disediakan seperti sandwich dan biskut rendah lemak.

Pesakit biasanya mengalami rasa pahit di tekak dan bagi mengatasinya cubalah ambil makanan yang masam atau herba.

Mereka juga digalakkan mengambil karbohidrat kompleks seperti roti gandum, beras perang dan oat.

Seelok-eloknya ambil makanan yang dikukus, rebus, bakar atau panggang.

"Penyediaan dan penyimpanan makanan juga penting bagi pesakit kanser kerana makanan perlu disediakan dengan bersih dan disimpan secara betul.

"Misalnya baki makanan perlu disimpan di dalam tempat sejuk beku bagi mengurangkan pembiakan bakteria," katanya.

Sediakan makanan dengan peralatan yang bersih, asingkan papan pemotong untuk memotong sayur-sayuran dan buah-buahan dengan ikan, daging dan ayam.

Basuh tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan bagi memastikan segalanya dalam keadaan bersih.


Himpunan hidangan yang seimbang dan berkhasiat untuk orang yang tersayang sama ada penghidap kanser atau yang ingin mencegah penyakit ini. Malah hidangan ini juga mudah disediakan di rumah. Mengandungi hidangan harian yang boleh membantu mencegah dan merawat penyakit kanser. Menyediakan sekali spesifikasi kandungan nutrisi dalam setiap resipi.