KAD kredit seakan menjadi ukuran kejayaan individu. Semakin banyak kad kredit yang dikumpul semakin tinggi pandangan rakan terhadap anda lebih-lebih lagi jika kad anda berwarna platinum! Semuanya kerana mereka beranggapan anda mempunyai kewangan yang stabil dan tidak mempunyai masalah memohon kad kredit dari mana-mana institusi kewangan. Sesetengah pengguna memohon kad kredit adalah untuk mendapatkan barangan percuma!
Keputusan untuk memiliki kad kredit ataupun tidak sebenarnya bergantung kepada tujuan penggunaan dan bagaimana anda mengawalnya. Berikut adalah beberapa kebaikan mempunyai kad kredit.
Membeli barangan dengan mudah
Anda kekurangan wang tunai di tangan? Jangan bimbang, kad kredit boleh membantu anda membeli barangan yang diingini tanpa perlu bersusah payah berbaris di bank untuk mengeluarkan wang di samping menjimatkan masa anda yang berharga.
Berhutang tanpa faedah
Kad kredit membenarkan anda berhutang tanpa perlu membayar faedah. Kebanyakan institusi menawarkan kemudahan ini dari 25 hari ke sebulan untuk anda melangsaikan hutang sebelum faedah dikenakan.
Mendapat keselamatan tambahan
Kad kredit juga menawarkan keselamatan tambahan seperti melindungi anda dengan insurans perjalanan jika anda membeli tiket kapal terbang menggunakan kad kredit berkenaan. Ia juga melindungi anda daripada kerugian harta benda jika barangan yang anda beli menggunakan kad kredit mengalami kerosakan atau kehilangan.
Antara kelebihan-kelebihan memiliki kad kredit adalah seperti di bawah;
- Tidak perlu membawa 'cash money' yang banyak.
- Kad Kredit atau Duit plastik lebih ringan dengan rupa bentuk yang nipis memudahkan pengguna menyelit dimana-mana
- Lebih selamat dari sudut kehilangan dan kecurian berbanding wang tunai yang sekiranya hilang jangan harap boleh guna lagi.
- Sekiranya pengguna sering travel ke luar negara, pertukaran mata wang tidak diperlukan lagi dan mumudahkan urusan jual beli
- Penggunaan disaat-saat kecemasan
- Dapat mengurangkan pengaliran wang tunai secara fizikal dalam pasaran.
- Memudahkan urusan jual beli secara online
- Pengguna dapat rebet tunia.
- Meransang perkembangan ekonomi negara
- "Easy Payment Plan"-pengguna boleh membuat bayaran ansuran mudah tanpa faedah semasa membeli-belah.
- Dapat mata ganjaran yang boleh ditukar dalam betuk barang-barang dan lain-lain.
- Membolehkan pengguna berhutang sehingga 20 hari tanpa faedah dikenakan.
- Bila korang isi minyak tak perlu nak agak-agak isipadu penuh dalam tanki kereta/motosikal sebab dia stop sendiri bila dah penuh.
- Dapat banyak hadiah lumayan melalui cabutan bertuah dan promosi tahunan/bulanan.
- 5% rebat untuk petrol serta perbelanjaan runcit
Tiada ulasan:
Catat Ulasan