Selasa, 4 Oktober 2016

Rumah Lelong Antara Pelaburan Selamat


KUALA LUMPUR: Bakal pembeli terutama bagi mereka yang ingin membeli kediaman pertama boleh mempertimbangkan hartanah lelong sebagai alternatif kepada pasaran utama atau pasaran sekunder.

Pengasas Superior Wealth Mastery, Alan Poon, berkata pembelian hartanah lelong masih menawarkan potensi pelaburan yang baik jika mengikut kaedah serta pengurusan yang betul.

"Lelongan hartanah diadakan hampir setiap hari di negara ini dan pembeli mempunyai peluang untuk mendapatkan hartanah berkualiti dengan pelbagai pilihan lokasi yang strategik.

"Malah, pembelian hartanah lelong juga boleh memberi pendedahan kepada bakal pembeli untuk menguruskan kewangan dan pembiayaan mereka secara cekap," katanya ketika ditemui pada sidang media Pameran Hartanah MyRumah Siri Ketiga di Balai Berita, di sini, baru-baru ini.

Pameran anjuran Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) dengan kerjasama Kumpulan Andaman, meneruskan siri pamerannya yang memasuki penganjuran kali ketiga, tahun ini. Ia berlangsung tiga hari bermula 7 hingga 9 Oktober ini di Public Space, Balai Berita NSTP, Bangsar.

Poon berkata, hartanah lelong turut memberi gambaran jelas kepada nilai pasaran sesuatu hartanah dan ia membantu pembeli untuk membuat pilihan lebih tepat sebelum membuat pelaburan.

Selain itu, katanya, masyarakat juga perlu mengubah tanggapan negatif terhadap hartanah lelong, sebaliknya bersikap lebih terbuka kerana ia juga adalah transaksi lebih fokus serta telus.

 "Usaha mendidik orang ramai perlu dilakukan secara berterusan untuk mengubah persepsi negatif mereka mengenai hartanah lelong, sebaliknya menjadikan ia sebagai satu daripada peluang pelaburan.

 "Topik mengenai pasaran dan potensi hartanah lelong akan dikupas dalam Pameran Hartanah MyRumah pada Oktober nanti. Orang ramai seharusnya mengambil peluang itu untuk mendapatkan gambaran dan berkongsi maklumat mengenai peluang pelaburan itu," katanya.

 Kewujudan hartanah lelong berikutan kegagalan pembeli sebelum ini membuat bayaran bagi hartanah yang dibelinya. Antara faktor menyumbang kepada hartanah lelong ialah lebihan bekalan dalam kawasan tertentu, selain faktor ekonomi seperti cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan masalah kewangan pembeli yang boleh menjadi bebanan hidup.

Sumber: Berita Harian

Bijak Hartanah (TRUEWEALTH)


Buku ini akan mengupas cara mudah mendapatkan sekurang-kurangnya sebuah rumah untuk dijadikan aset dan akhirnya memperoleh keuntungan berlipat kali ganda hasil daripada memanipulasi strategi tanpa sebarang masalah. Selain itu, ia turut mengupas keperluan utama yang melingkari putaran hartanah rumah lelong selain pautan-pautan tambahan yang boleh anda jadikan sandaran dalam melangkah lebih jauh lagi.
Pelajari:

  • Membantu anda celik ilmu pelaburan hartanah rumah lelong yang berjaya.
  • Kaedah sebenar penguasaan hartanah rumah lelong mengikut langkah-langkah yang praktikal didedahkan.
  • Pelabur hartanah ‘luar biasa’ melabur dengan perancangan, strategi dan hala tuju jelas. Melabur dengan menyusun atur modal secara efektif dan penuh terancang serta membeli berdasarkan kitaran/faktor pasaran.
  • Pembaca mampu untuk mendapatkan rumah pada kadar yang amat murah melalui pembacaan buku ini.
  • Anda akan tahu lebih mendalam lokasi terbaik untuk anda membuat Pelaburan Hartanah yang boleh memberikan pulangan semaksimum yang mungkin.
TEMPAH SEKARANG

--------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pelaburan Hartanah Tanpa Modal (JOOTAWAN)


Pelaburan hartanah ialah suatu pelaburan di mana anda membeli rumah atau premis perniagaan yang belum siap atau sudah siap pada harga yang lebih rendah. Di dalam buku “Pelaburan Hartanah Tanpa Modal” ini anda akan didedahkan dengan pelbagai pengalaman kehidupan penulis yang boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi dan motivasi khusus buat bakal pelabur hartanah baru seperti anda.

1. Pendedahan 7 jenis pelaburan yang terbaik boleh anda lakukan sendiri di Malaysia.

2. Penerangan jelas dan mudah untuk fahami terus apakah itu Aset dan Liabliti. Inilah 2 perkara penting WAJIB anda kuasai terlebih dahulu sebelum melibatkan diri dalam pelaburan hartanah.

3. 7 objektif utama perlu anda tahu mengapa anda melabur dalam hartanah. Dengan menguasai dan mengetahui 7 objektif ini, minda akan akan lebih bersedia dan boleh dijadikan sebagai ‘mind-setting' ke arah matlamat anda menjadi Jutawan Pelabur Hartanah

4. Mengapa anda perlu lakukan Pelaburan Hartanah Tanpa Modal (PHTM), bukan pelaburan hartanah biasa-biasa yang memerlukan modal besar.

5. 3 kelebihan dan manfaat yang bakal anda perolehi hasil menjalankan PHTM - PEMBONGKARAN EKSKLUSIF: 6 teknik PROVEN Method.

6. 8 case-study Real-Life mereka-mereka yang telah berjaya termasuk diri saya sendiri menjalankan PHTM. Anda akan didedahkan segala langkah dan startegi yang kami sendiri lakukan secara satu-persatu. Tak perlu dah anda cari formula atau cara lain, cuma Copy N Paste sahaja apa yang kami lakukan bagi menjalankan PHTM ini.

7. Bab terakhir pula akan mendedahkan kepada anda lokasi-lokasi terbaik anda boleh lakukan PHTM serta 2 tips ‘rahsia' yang terpenting bagi anda mulakan PHTMz

TEMPAH SEKARANG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan